Kesihatan, petua, Tips

5 Makanan Sihat Untuk Mengawal Migrain

Pernah kena migrain tak korang? Kepada yang tak pernah kena tu anda memang bernasib baik.

Sebagai seorang yang pernah merasai migrain ni nak bagitau, MEMANG SAKIT! Ni antara tanda yang dialami sebelum migrain tu datang.

1- Sebelah mata akan nampak kabur. Dok gosok2 mata pun tak jalan.

2- Sakit disebalah bahagian kepala.

3- Rasa loya dan kalau tak tahan memang akan termuntah.

Setiap orang mungkin lain simptom migrain nya. Tapi bagi Enchek K, inilah yang dirasa bila migrain menghampiri. Ubatnya selalunya painkiller atau tidur saja atau kedua-dua sekali. Tapi melalui pembacaan Enchek K, ada makanan yang mampu mengawal migrain kita.

BUAH, SAYURAN DAN LEGUMES

ubat migrain 5

Maaf saya tak tahu apa itu legumes dalam bahasa melayu. Ada sapa2 yang tahu? Legumes ni lebih kurang macam kekacang la jugak. Contohnya macam Dhal, Peas, Soya. Untuk kaum hawa yang migrain akibat period sesuai makan ni. Ini adalah kerana paras estrogen yang turun secara mendadak.

Dengan pengambilan jenis makanan ini, ia dapat menggantikan estrogen badan anda dan mengimbangi psemula paras estrogen anda. Serat/fiber yang terdapat dalam makanan ini juga membantu untuk mengeluarkan estrogen berlebihan.

Point tambahan pula, jenis maknaan ini adalah low fat. Jadi nak makan banyak pun tiada masalah. Tapi sebaiknya ambillah dalam 7-10 hidangan setiap hari ya.

FATTY FISH

ubat migrain 3

Juga dikenali dengan makanan yang baik untuk jantung anda, fatty fish seperti salmon, trout, kurau, baik untuk mereka yang sering mengalami migrain.

Jenis ikan ini kaya dengan Omega-3 EPA dan DHA. Kajian dari University of Cincinnati mendapati yang mereka yang sering menghadapi migrain telah kurang mendapat sakit itu setelah mengambil supplement Omega 3 ini.

KOPI

ubat migrain 4

Walaupun sering kita dengar yang caffeine adalah salah satu penyebab migrain ni, tapi apa yang menarik ia juga bole mengurangkan kesakitan migrain kita. Caffeine adalah efektif untuk membantu mengecutkan salur darah dibahagian kepala kita dan seterusnya akan melegakan migrain.

Caffeine juga sebenarnya antara bahan yang terdapat didalam ubat sakit kepala seperti aspirin.

HALIA

ubat migrain 1

Kajian mendapati yang bahan yang terdapat didalam halia adalah sama dengan bahan yang digunakan di dalam ubat-ubat tahan sakit NSAIDs. Walaupun belum ada lagi ujian tentang penggunaan halia dalam melegakan migrain, namun rasa halia itu dapat membantu kita dari rasa loya yang sering datang bersama migrain.

Boleh cuba samada halia dalam masakan atau air teh halia. Ada juga halia dalam bentuk gula-gula yang boleh anda cuba.

MAKANAN KAYA MAGNESIUM

ubat migrain 2

Antaranya bijirin, kekacang dan juga sayuran hijau mempunyai kadar magnesium yang tinggi. Kebanyakan mereka yang mengalami migrain turut mengalami penyusutan kadar magnesum dalam badan. Paras magnesium yang rendah ini membuatkan otak kita lebih sensitif kepada migrain.

Jumlah yang direkomen untuk pengambilan magnesium setiap hari adalah dalam lingkungan 310-320 mg (wanita) dan 400-420 (lelaki)

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s