Gadget, Tips

Awesome Kitchen Gadget picked by Chaz’s Homemade

Seiring dengan arus kemodenan dunia sekarang, peralatan dapur juga turut mendapat kesannya. Banyak alatan dapur sekarang dicipta bagi memudahkan pengguna dan menjimatkan masa. Dengan alatan power macam ni, ibu-ibu kat luar sana boleh lah acah-acah masak macam Gordon Ramsay ke kan.. Hahaha..

Jom tengok gadget dapur yang awesome (dan mahal kot. 😛 ) pilihan dari Chaz’s Homemade sendiri:

The Pasta Pot

Chaz Homemade Pasta pot

Pernah tak masak Macaroni ke, Spaghetti ke or apa2 pasta lain tapi lecehnya laa nak tapis air dalam tu. Dengan Pasta Pot ni tak payah dah nak mencari tapis bagai nak toskan airnya.

Lubang di penutupnya boleh dibuka dan ditutup bila diperlukan. Bentuk oval juga memudahkan kita nak masak pasta yang panjang macam spaghetti or fettuccine.

Harga: RM 150.00 ($ 34.99)

Joseph Joseph Spaghetti Measure

Chaz Homemade Spaghetti Measure

Ni memang masalah sejagat bila masak spaghetti. Kita budget untuk makan berdua satgi yang masaknya dah boleh makan satu taman. Nak buat untuk sorang makan lak, dah masak rasa x cukup pulak.

Nah. Dengan benda ni tak payah pening-pening lagi. Ikut je ukuran dia tu untuk berapa orang yang kita nak masak. Memang ukuran standard untuk seorang makan. Kalau tak cukup maknanya anda ada saka la tu. Ok gurau. Hahaha

Harga: RM 48.00 ($ 11)

Trudeau Pot Clip

Chaz Homemade Pot Clip

Yang ni pun memang penting. Terutamanya bila masak sesuatu yang berkuah macam Blissful Bolognese dan Charming Carbonara kami.

Mana nak letak senduk tu? Kalau main letak je pastu jatuh kelantai memang menambah kerja la. Nak basuh senduk la, nak kena mop lantai la. Pakai clip ni senang. Klipkan je kat periuk korang pastu dah boleh letak senduk kat situ. Mudah kan?

Harga: RM 30.00 ($ 7)

Progressive Dip Clip

Chaz Homemade Dip Clip

Kita ni orang Malaysia kalau makan benda bergoreng mesti nak kena ada cicah. Keropok lekor, nugget, goreng pisang, cakoi, dan macam2 lagi la mesti nak kena lawan dengan pencicahnya.

Pakai je klip ni kat pinggan. Tadaaaaaa. Tak payah dah nak asingkan pinggan makanan dengan pinggan sos. Kepit tepi pinggan dah boleh bawak makan depan tv. Hahaha

Harga: RM 30.00 ($ 7)

Joseph Joseph Double Dish Serving Bowl

Chaz Homemade Snack Dish

Bukan takat makanan bergoreng, kita ni cukup suka makan kekacang. Kuaci la, Ngan Yin la, Pistachio la mcam-macam. Masalahnya ialah nak buang kulit tu. Nak kena ada plastik ke, bekas lain ke, surat khabar ke untuk letak.

Dengan bekas dari Joseph Joseph ni dah siap sedia dah bekas kulit dia sekali dengan mangkuk tu. Bahagian atas letak la makanan korang tu, Kat bawah tu untuk buang kulitnya. Ni makan kerang bakar pun layan ni. Hohoho

Harga: RM 61.00 ($ 14)

 

Untuk gadget yang lain boleh rujuk disini:

http://www.impulsebuy.org/14-genius-kitchen-gadgets-didnt-know-existed/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s