petua, Tips

10 TIPS UNTUK MAKANAN SEGAR ANDA LEBIH TAHAN LAMA

Selalu tak korang beli barang dapur tapi tak sempat pun nak makan makanan fresh korang tu? Contohnya macam buah ke, sayur ke, belum apa-apa dah busuk dah. Last-last ke tong sampah la jawabnya.

Memang geram je nengokkan bila dah busuk tu. Beli mahal-mahal tapi Encik Ulat yang seronok. Rezeki ke ulat tu la kot. Hehe.

Kami share beberapa tips untuk anda pastikan makanan fresh anda kekal fresh untuk tempoh yang panjang:

1- LETAK KERTAS TISU DI DALAM BEKAS SALAD

chaz homemade salad

Salad ni kalau dah lama kita biar dalam fridge memang hilang dah kerangupan dia tu. Memang tak feel la nak makan salad kalau lembik aje kan. Jadi tricknya disini, letakkan lah kertas tisu yang besar tu kat dalam bekas simpanan salad tu.

Tujuannya adalah untuk menyerap air yang terhasil akibat penyimpanan dalam fridge tu. Kehadiran air kat dalam bekas salad tu la yang membuatkan salad cepat layu dan lembik.

2- JANGAN PISAHKAN PISANG DARI TANGKAINYA

chaz homemade banana

Kalau korang rasa cerai-cerai kan pisang tu sebiji-sebiji dan simpan dalam fridge adalah langkah bijak, ANDA SALAH. Pisang ni kalau kita asing-asingkan dari tangkai dia tu memang lagi lah cepat dia bertukar kehitaman.

Lebih elok anda biarkan sahaja pisang tu dengan tangkainya. Nak makan baru la ambil sebiji dan ngap. Untuk tips pisang tahan lebih lama anda boleh bungkuskan tangkainya dengan plastik wrap. Terbaik.

3- LETAKKAN EPAL DALAM TEMPAT SIMPANAN KENTANG

chaz homemade apple

Pernah tak korang simpan kentang punya la lama sampai bila nak guna tengok-tengok dah ada tunas2 tumbuh dari kentang tu. Memang takde nya korang nak makan kan. Hahaha.

Jadi tips nya ialah, letakkan sekali epal dalam tempat simpanan kentang tu. Epal menghasilkan ethylene gas dan menyebabkan kentang tahan lebih lama.

4- UNTUK SAYUR DAN BUAH YANG LAIN, SILA JAUHKAN DARI EPAL

chaz homemade apple2

Ethylene gas tu bukan lah baik untuk semua makanan. Hanya kentang yang boleh bertahan lama selepas menyedut gas tu. Buah dan sayur lain memang tewas dengan kehadiran ethylene gas berhampiran mereka.

5- BASUH BUAH BERI DENGAN CUKA

chaz homemade berries

Buah beri adalah seperti strawberry, blueberry, raspberry dan banyak lagi. Memegang reputasi sebagai antara buah yang mahal dan juga antara buah yang paling cepat untuk busuk.

Petua mudahnya ialah basuh buah beri anda dengan campuran cuka dan air dengan nisbah 1:3. Keringkan sepenuhnya sebelum simpan dalam fridge.

6- JANGAN SIMPAN TOMATO DALAM FRIDGE

chaz homemade tomato

Ni memang kami pun selalu buat. Hahaha. Salah rupanya tindakan kita selam ni. Rupanya suhu sejuk itu boleh menghilangkan rasa tomato dan juga teksturnya. Tomato sepatutnya simpan di tempat yang kering untuk membolehkan ia masak secara optimum. Dah pergi keluarkan tomato tu. Hehehe

7- SIMPAN CELERY DALAM ALUMINIUM FOIL

chaz homemade celery

Biasanya kat supermarket celery disimpan dalam plastik. Kalau korang terus simpan dalam fridge maknanya riwayat dia ada seminggu dua je la. So kekdahnya, lepas balik dari supermarket tu, keluarkan celery tu dan bungkus dalam aluminium foil.

Tujuannya ialah untuk membebaskan wap-wap air dalam tu. Kalau plastik maknanya wap tu akan terperangkap dalam tu maka cepatlah rosak celery tu.

8- TREAT HERBA SEGAR MACAM SEJAMBAK BUNGA

chaz homemade herbs

Kalau dapat bunga segar anda simpan macam mana? Mesti letak dalam air nak bagi tahan lama kan. Sama la jugak dengan herba segar macam parsley, basil, coriander dan banyak lagi lah. Kalau letak dalam bekas beisi air anda akan lihat herba-herba anda akan lebih segar bugar dan menyelerakan.

Original Source: http://www.goodhousekeeping.com/food-recipes/cooking/a34751/keep-your-healthy-food-fresh-for-longer/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s