Resepi Homemade, Tips, Website

SEGALA RESEPI DAGING LEMBU ADA DISINI!

Pernah tak korang duduk termenung kat sinki dapur tu dok pikir nak masak apa daging lembu yang korang beli. Masa beli tu bukan main lagi kat kepala otak tu resepi macam-macam keluar. Sama la dengan kami pun, hahaha. Ni dah ada website yang kumpulkan bermacam resepi daging lembu.

Memperkenalkan website seriouseats.com. Senang dah lepas ni. Boleh pilih potongan daging sehinggalah ke cara masak yang korang suka. Tak payah pening2 dah.

Boleh terus ke link ini untuk ke page itu:

http://www.seriouseats.com/definitive-guide-to-steak

chazhomemade resepi daging lembuchazhomemade resepi daging lembu2chazhomemade resepi daging lembu3

Selamat Memasak!

Food News, Kesihatan, Pelik

REMAJA MAUT KERANA OVERDOSE KAFEIN!

Seperti yang diketahui ramai, kafein adalah bahan yang membuat kan kita bertenaga dan juga tahan mengantuk. Kafein ni banyak terdapat dalam kopi dan minuman tenaga seperti red bull, monster dan banyak lagi.

Di South Carolina US, remaja berumur 16 tahun tiba-tiba rebah di dalam kelas beliau selepas minum beberapa minuman berkafein tinggi dalam  masa yang singkat. Menurut laporan bedah siasat, beliau telah minum Mcdonald’s cafe latte, Diet Mountain Dew saiz large dan minuman tenaga dalam masa kurang 2 jam sebelum mengalami serangan jantung. Lapor WYFF 4 News.

chaz homemade caffeine overdose3

Serangan jantung atau cardiac attack ini terjadi akibat lebihan kafein didalam darah mangsa yang menyumbang kepada arrhythmia. Overdose kafein di US menjadi satu isu apabila dilaporkan hampir 20,000 pesakit dimasukkan ke hospital.

Laporan dari CBS:

DI Malaysia belum dengar kes kematian melibatkan kandungan kafein yang berlebihan dilaporkan. Tapi mari lah kita sama-sama mengambil langkah yang sepatutnya bagi mengelakkan tragedi sebegini berulang. Minum lah dalam kuantiti yang memadai.

chaz homemade caffeine overdose

Sumber:

http://www.wyff4.com/article/sc-teen-dies-after-drinking-large-diet-soda-latte-energy-drink-coroner-says/9655272

https://www.foodbeast.com/news/teen-caffeine-overdose-death/

Pelik

1998 McNuggets Mulan Szechuan Dipping Sauce Dijual Dengan Harga Tak Masuk Akal

USD 14,700 (MYR 64,834) ! !

Yup. Itulah harga tak masuk akal tu. Ia telah dijual di Ebay oleh someone yang menjumpai sos tersebut didalam sebuah kereta lama. Sos ii telah dibida di ebay sebanyak 187 kali sebelum harga terakhir USD 14,700 tersebut.

Mulan Szechuan Malaysia

Mulan Szechuan Dipping sauce ni adalah bersempena kartun Disney bertajuk Mulan yang dikeluarkan pada tahun 1998. Setelah hampir 20 tahun, siapa sangka harganya boleh melambung sampai begitu sekali.

Mulan Szechuan Malaysia 4

Satu petition juga telah dibuat di website change.org yang meminta McDonalds US untuk kembalikan semula sos ini di pasaran. Sehingga kini lebih 20,000 tandatangan telah dikumpul.

Mulan Szechuan Malaysia 2

McDonalds US dalam kenyataan di twitter membalas isu yang tular ini menyatakan yang tiada rancangan setakat ini untuk kembalikan sos tersebut. Mereka juga memberi kenyataan kepada USA Today  berbuny:

“We never say never, because when our customers speak, we listen.”

Ini boleh jadi satu pengajaran berguna pada kita. Kalau ada sos yang limited edition sila simpan ya. Mana tahu lagi 20 tahun harga boleh jadi beriban macam ni. Hahaha

Sumber:

http://www.mirror.co.uk/news/weird-news/man-makes-more-11500-after-10225882

http://www.eater.com/2017/4/17/15327054/mcdonalds-mulan-szechuan-teriyaki-sauce-ebay-rick-and-morty

 

Food News, Pelik

KOPI JERNIH TANPA WARNA KINI SUDAH WUJUD!

Ya. Anda tidak salah membaca. Memang sudah wujud kopi yang jernih tanpa sebarang warna kopi biasa. Sekali tengok memang nampak macam air mineral je. Tapi dua, tiga, empat kali tengok pun nampak macam air mineral juga. Hahaha.

CLR CFF Malaysia 2

Memperkenalkan CLR CFF (read: Clear Coffee). Minuman kopi yang totally tiada warna kopi. Tiada warna hitam, atau perang. Completely crystal clear. Memang tak pernah imagine macam mana kopi yang hitam pekat tu boleh jadi jernih macam ni sekali.

Dicipta oleh adik-beradik yang berasal dari Slovakia, David dan Adam Nagy. Ketika ditanya apakah proses yang dilakukan untuk mendapatkan kopi yang jernih ini, seperti kebanyakkan pioneer2 diluar sana, jawapan nya adalah RAHSIA. Tetapi mereka mengatakan yang mereka hanya menggunakan biji kopi Arabica yang berkualiti dalam proses menghasilkan Clr Cff tersebut.

CLR CFF Malaysia 4

Bagi mereka yang pernah minum Clr Cff ini berkata, rasanya ada sedikit pelik, tapi masih boleh diminum. Seperti kita lupa basuh cawan kopi kita dan terus masukkan air sejuk ke dalam cawan yang sama. Rasa seperti air tapi ada aftertaste seperti kopi.

Buat masa ini CLR CFF hanya available di UK sahaja. Anda boleh dapati dengan harga GBP 5.99 (MYR 33.72) untuk 2 botol dan GBP 14.99 (MYR 84.39) untuk 5 botol.

CLR CFF Malaysia 3

Beranikah anda mencuba? Hehe

Sumber: https://munchies.vice.com/en_us/article/clear-coffee-is-finally-herebut-why

Official Website: http://clrcff.com/

petua, Tips

10 TIPS UNTUK MAKANAN SEGAR ANDA LEBIH TAHAN LAMA

Selalu tak korang beli barang dapur tapi tak sempat pun nak makan makanan fresh korang tu? Contohnya macam buah ke, sayur ke, belum apa-apa dah busuk dah. Last-last ke tong sampah la jawabnya.

Memang geram je nengokkan bila dah busuk tu. Beli mahal-mahal tapi Encik Ulat yang seronok. Rezeki ke ulat tu la kot. Hehe.

Kami share beberapa tips untuk anda pastikan makanan fresh anda kekal fresh untuk tempoh yang panjang:

1- LETAK KERTAS TISU DI DALAM BEKAS SALAD

chaz homemade salad

Salad ni kalau dah lama kita biar dalam fridge memang hilang dah kerangupan dia tu. Memang tak feel la nak makan salad kalau lembik aje kan. Jadi tricknya disini, letakkan lah kertas tisu yang besar tu kat dalam bekas simpanan salad tu.

Tujuannya adalah untuk menyerap air yang terhasil akibat penyimpanan dalam fridge tu. Kehadiran air kat dalam bekas salad tu la yang membuatkan salad cepat layu dan lembik.

2- JANGAN PISAHKAN PISANG DARI TANGKAINYA

chaz homemade banana

Kalau korang rasa cerai-cerai kan pisang tu sebiji-sebiji dan simpan dalam fridge adalah langkah bijak, ANDA SALAH. Pisang ni kalau kita asing-asingkan dari tangkai dia tu memang lagi lah cepat dia bertukar kehitaman.

Lebih elok anda biarkan sahaja pisang tu dengan tangkainya. Nak makan baru la ambil sebiji dan ngap. Untuk tips pisang tahan lebih lama anda boleh bungkuskan tangkainya dengan plastik wrap. Terbaik.

3- LETAKKAN EPAL DALAM TEMPAT SIMPANAN KENTANG

chaz homemade apple

Pernah tak korang simpan kentang punya la lama sampai bila nak guna tengok-tengok dah ada tunas2 tumbuh dari kentang tu. Memang takde nya korang nak makan kan. Hahaha.

Jadi tips nya ialah, letakkan sekali epal dalam tempat simpanan kentang tu. Epal menghasilkan ethylene gas dan menyebabkan kentang tahan lebih lama.

4- UNTUK SAYUR DAN BUAH YANG LAIN, SILA JAUHKAN DARI EPAL

chaz homemade apple2

Ethylene gas tu bukan lah baik untuk semua makanan. Hanya kentang yang boleh bertahan lama selepas menyedut gas tu. Buah dan sayur lain memang tewas dengan kehadiran ethylene gas berhampiran mereka.

5- BASUH BUAH BERI DENGAN CUKA

chaz homemade berries

Buah beri adalah seperti strawberry, blueberry, raspberry dan banyak lagi. Memegang reputasi sebagai antara buah yang mahal dan juga antara buah yang paling cepat untuk busuk.

Petua mudahnya ialah basuh buah beri anda dengan campuran cuka dan air dengan nisbah 1:3. Keringkan sepenuhnya sebelum simpan dalam fridge.

6- JANGAN SIMPAN TOMATO DALAM FRIDGE

chaz homemade tomato

Ni memang kami pun selalu buat. Hahaha. Salah rupanya tindakan kita selam ni. Rupanya suhu sejuk itu boleh menghilangkan rasa tomato dan juga teksturnya. Tomato sepatutnya simpan di tempat yang kering untuk membolehkan ia masak secara optimum. Dah pergi keluarkan tomato tu. Hehehe

7- SIMPAN CELERY DALAM ALUMINIUM FOIL

chaz homemade celery

Biasanya kat supermarket celery disimpan dalam plastik. Kalau korang terus simpan dalam fridge maknanya riwayat dia ada seminggu dua je la. So kekdahnya, lepas balik dari supermarket tu, keluarkan celery tu dan bungkus dalam aluminium foil.

Tujuannya ialah untuk membebaskan wap-wap air dalam tu. Kalau plastik maknanya wap tu akan terperangkap dalam tu maka cepatlah rosak celery tu.

8- TREAT HERBA SEGAR MACAM SEJAMBAK BUNGA

chaz homemade herbs

Kalau dapat bunga segar anda simpan macam mana? Mesti letak dalam air nak bagi tahan lama kan. Sama la jugak dengan herba segar macam parsley, basil, coriander dan banyak lagi lah. Kalau letak dalam bekas beisi air anda akan lihat herba-herba anda akan lebih segar bugar dan menyelerakan.

Original Source: http://www.goodhousekeeping.com/food-recipes/cooking/a34751/keep-your-healthy-food-fresh-for-longer/

Gadget, Tips

Awesome Kitchen Gadget picked by Chaz’s Homemade

Seiring dengan arus kemodenan dunia sekarang, peralatan dapur juga turut mendapat kesannya. Banyak alatan dapur sekarang dicipta bagi memudahkan pengguna dan menjimatkan masa. Dengan alatan power macam ni, ibu-ibu kat luar sana boleh lah acah-acah masak macam Gordon Ramsay ke kan.. Hahaha..

Jom tengok gadget dapur yang awesome (dan mahal kot. 😛 ) pilihan dari Chaz’s Homemade sendiri:

The Pasta Pot

Chaz Homemade Pasta pot

Pernah tak masak Macaroni ke, Spaghetti ke or apa2 pasta lain tapi lecehnya laa nak tapis air dalam tu. Dengan Pasta Pot ni tak payah dah nak mencari tapis bagai nak toskan airnya.

Lubang di penutupnya boleh dibuka dan ditutup bila diperlukan. Bentuk oval juga memudahkan kita nak masak pasta yang panjang macam spaghetti or fettuccine.

Harga: RM 150.00 ($ 34.99)

Joseph Joseph Spaghetti Measure

Chaz Homemade Spaghetti Measure

Ni memang masalah sejagat bila masak spaghetti. Kita budget untuk makan berdua satgi yang masaknya dah boleh makan satu taman. Nak buat untuk sorang makan lak, dah masak rasa x cukup pulak.

Nah. Dengan benda ni tak payah pening-pening lagi. Ikut je ukuran dia tu untuk berapa orang yang kita nak masak. Memang ukuran standard untuk seorang makan. Kalau tak cukup maknanya anda ada saka la tu. Ok gurau. Hahaha

Harga: RM 48.00 ($ 11)

Trudeau Pot Clip

Chaz Homemade Pot Clip

Yang ni pun memang penting. Terutamanya bila masak sesuatu yang berkuah macam Blissful Bolognese dan Charming Carbonara kami.

Mana nak letak senduk tu? Kalau main letak je pastu jatuh kelantai memang menambah kerja la. Nak basuh senduk la, nak kena mop lantai la. Pakai clip ni senang. Klipkan je kat periuk korang pastu dah boleh letak senduk kat situ. Mudah kan?

Harga: RM 30.00 ($ 7)

Progressive Dip Clip

Chaz Homemade Dip Clip

Kita ni orang Malaysia kalau makan benda bergoreng mesti nak kena ada cicah. Keropok lekor, nugget, goreng pisang, cakoi, dan macam2 lagi la mesti nak kena lawan dengan pencicahnya.

Pakai je klip ni kat pinggan. Tadaaaaaa. Tak payah dah nak asingkan pinggan makanan dengan pinggan sos. Kepit tepi pinggan dah boleh bawak makan depan tv. Hahaha

Harga: RM 30.00 ($ 7)

Joseph Joseph Double Dish Serving Bowl

Chaz Homemade Snack Dish

Bukan takat makanan bergoreng, kita ni cukup suka makan kekacang. Kuaci la, Ngan Yin la, Pistachio la mcam-macam. Masalahnya ialah nak buang kulit tu. Nak kena ada plastik ke, bekas lain ke, surat khabar ke untuk letak.

Dengan bekas dari Joseph Joseph ni dah siap sedia dah bekas kulit dia sekali dengan mangkuk tu. Bahagian atas letak la makanan korang tu, Kat bawah tu untuk buang kulitnya. Ni makan kerang bakar pun layan ni. Hohoho

Harga: RM 61.00 ($ 14)

 

Untuk gadget yang lain boleh rujuk disini:

http://www.impulsebuy.org/14-genius-kitchen-gadgets-didnt-know-existed/

Kesihatan, petua, Tips

5 Makanan Sihat Untuk Mengawal Migrain

Pernah kena migrain tak korang? Kepada yang tak pernah kena tu anda memang bernasib baik.

Sebagai seorang yang pernah merasai migrain ni nak bagitau, MEMANG SAKIT! Ni antara tanda yang dialami sebelum migrain tu datang.

1- Sebelah mata akan nampak kabur. Dok gosok2 mata pun tak jalan.

2- Sakit disebalah bahagian kepala.

3- Rasa loya dan kalau tak tahan memang akan termuntah.

Setiap orang mungkin lain simptom migrain nya. Tapi bagi Enchek K, inilah yang dirasa bila migrain menghampiri. Ubatnya selalunya painkiller atau tidur saja atau kedua-dua sekali. Tapi melalui pembacaan Enchek K, ada makanan yang mampu mengawal migrain kita.

BUAH, SAYURAN DAN LEGUMES

ubat migrain 5

Maaf saya tak tahu apa itu legumes dalam bahasa melayu. Ada sapa2 yang tahu? Legumes ni lebih kurang macam kekacang la jugak. Contohnya macam Dhal, Peas, Soya. Untuk kaum hawa yang migrain akibat period sesuai makan ni. Ini adalah kerana paras estrogen yang turun secara mendadak.

Dengan pengambilan jenis makanan ini, ia dapat menggantikan estrogen badan anda dan mengimbangi psemula paras estrogen anda. Serat/fiber yang terdapat dalam makanan ini juga membantu untuk mengeluarkan estrogen berlebihan.

Point tambahan pula, jenis maknaan ini adalah low fat. Jadi nak makan banyak pun tiada masalah. Tapi sebaiknya ambillah dalam 7-10 hidangan setiap hari ya.

FATTY FISH

ubat migrain 3

Juga dikenali dengan makanan yang baik untuk jantung anda, fatty fish seperti salmon, trout, kurau, baik untuk mereka yang sering mengalami migrain.

Jenis ikan ini kaya dengan Omega-3 EPA dan DHA. Kajian dari University of Cincinnati mendapati yang mereka yang sering menghadapi migrain telah kurang mendapat sakit itu setelah mengambil supplement Omega 3 ini.

KOPI

ubat migrain 4

Walaupun sering kita dengar yang caffeine adalah salah satu penyebab migrain ni, tapi apa yang menarik ia juga bole mengurangkan kesakitan migrain kita. Caffeine adalah efektif untuk membantu mengecutkan salur darah dibahagian kepala kita dan seterusnya akan melegakan migrain.

Caffeine juga sebenarnya antara bahan yang terdapat didalam ubat sakit kepala seperti aspirin.

HALIA

ubat migrain 1

Kajian mendapati yang bahan yang terdapat didalam halia adalah sama dengan bahan yang digunakan di dalam ubat-ubat tahan sakit NSAIDs. Walaupun belum ada lagi ujian tentang penggunaan halia dalam melegakan migrain, namun rasa halia itu dapat membantu kita dari rasa loya yang sering datang bersama migrain.

Boleh cuba samada halia dalam masakan atau air teh halia. Ada juga halia dalam bentuk gula-gula yang boleh anda cuba.

MAKANAN KAYA MAGNESIUM

ubat migrain 2

Antaranya bijirin, kekacang dan juga sayuran hijau mempunyai kadar magnesium yang tinggi. Kebanyakan mereka yang mengalami migrain turut mengalami penyusutan kadar magnesum dalam badan. Paras magnesium yang rendah ini membuatkan otak kita lebih sensitif kepada migrain.

Jumlah yang direkomen untuk pengambilan magnesium setiap hari adalah dalam lingkungan 310-320 mg (wanita) dan 400-420 (lelaki)