Uncategorized

PASTIKAH ANDA KENAL PASTA?

JENIS-JENIS PASTA DAN SOS YANG SESUAI
.
Anda fikir anda tau apa itu pasta? Think again.
.
Pasta bukan setakat spaghetti, macaroni, lasagne sahaja. Ada banyak jenis pasta didunia ini. boleh dikatakan lebih dari 80% jenis pasta kita tak pernah tahu apatah lagi makan.
.
Walaupun rupa dan bentuk nya berlainan, tapi rasanya sama sahaja. Pilihan sauce yang kita padankan yang akan membezakan rasa pasta tersebut.
.
Boleh rujuk pada infografik dibawah untuk maklumat lanjut berkenaan jenis pasta dan sos yang bersesuaian. Semoga bermanfaat.
.
Terima Kasih.
-Enchek K-

Use Your Noodle: Match the Sauce to the Pasta Shape

From Visually.

Advertisements
Uncategorized

HATI-HATI: 6 Jenis Makanan Yang Menipu Kita Selama Ini

6 JENIS MAKANAN YANG MENIPU KITA TENTANG ASAL-USUL MEREKA!
===========================================================

1. FORTUNE COOKIES – BUKAN DARI CHINA

fortune cookies

Serius weh. Memang bukan dari China. Tak percaya korang boleh tanya Encik Yasuko Nakamichi pasal ni. Menurut encik tersebut, dah ada bakeri kat Jepun yang buat biskut ni kat Kyoto yang wujud selama 3 generasi. Budaya masukkan nota dalam berbagai jenis jajan juga dah berabad lamanya wujud di Jepun.

Kalau tak percaya lagi korang tanya pulak kat Cik Jenny Lee. Punya la hebat cik pasal fortune cookies ni sampai tertulisnya buku “The Fortune Cookie Chronicles”. Cik Jenny berkata, kat China memang tak pernah jumpa pun restoran or kedai runcit yang jual fortune cookies ni. Diorang sendiri konpius bila tengok fortune cookies tu. Menatang apa lah agaknya ni.

2. WORD KETCHUP – ASAL DARI CHINA, BUKAN US

ketchup

Yang ni pulak baru katanya asal China. Cerita dia start lebih kurang 500 tahun dulu di China dimana ‘ketchup’ tu membawa maksud ‘fish sauce’. Tapi bahasa Cina dialek daerah Fujian ni pupus sudah. Tapi word ‘tchup’ masih kekal pada kebanyakkan chinese dialek yang membawa maksud ‘sauce'(ada sesapa leh kompomkan?).

Pada awalnya ia adalah sos dari ikan yang difermantasi. Malah di Asia Tenggara turut memanggil kicap tetapi versi di Malaysia dan Indonesia di buat dari kacang soya yang difermantasi. Resepi pertama tomato ketchup adalah pada tahun 1812 ditulis oleh saintis US, James Mease.

3. CHURROS BUKAN DARI MEXICO

churros

Makanan yang semakin ramai peminat sekarang ni. Pergi lah mana2 kafe hipster, kompom ada Churros ni. Tapi kalau cerita pasal asalnya memang ada banyak teori. Satu dari pengembala Spain. Dua dari kelasi Portugal. Ketiga dari China (lagi?).

Cerita dari pengembala di Spain yang mereka mencipta churros ni sebab ia mudah disediakan. Plus, ada baka bebiri yang dipanggil ‘churra’ berasal dari Semenanjung Iberia dimana sekarang adalah Sepanyol (dan Portugal)

Cerita orang Cristiano Ronaldo pulak macam ni.Dalam berlayar ke seluruh dunia ni, diorang jumpa pastri yang sebijik dengan churros ni di China. Dasar bangsa penjajah diorang pun bawa churros ni ke Portugal.

Cerita dari China pulak tidak diketahui. Ntah apek mana yang orang portugis tu nampak kita pun tak tau.

Last-last sampai ke Amerika Latin selepas dibawa oleh penjajah Sepanyol ke sana. Dasar penjajah.

4. APPLE PIE BUKAN CIPTAAN AMERIKA

apple pie

Cerita dia macam ni. Sweet Pie ni pertama kali muncul pada tahun 1675 di Britain. Resepi terawal adalah pumpkin pie yang terdapat dalam buku masakan tahun tersebut. Perkataan ‘apple pie’ pula muncul pertama kalinya dalam puisi Robert Greene, yang juga seorang British.

Pie yang berasal dari US hanyalah American Pie yang juga menjadi tajuk filem tak senonoh popular disana (dan disini 😛 )

5. CROISSANTS BUKAN ASAL DARI FRANCE

croissant

Walaupun masa menyebutnya kita dah macam feeling2 dok Paris namun ketahuilah its not. Pastri berbentuk bulan sabit ni pertama kali muncul pada abad ke-17 di Austria.

Abad lepas tu, ke-18, Queen Marie-Antoinette asal Vienna, memperkenalkannya di France.

2 abad selepas itu, ke-20, otak kreatif pastri chef kat France telah mengolah resepi croissant ni kepada struktur yang flakey seperti kita ketahui hari ini.

Dan pada abad ke-21 DeliFrance Malaysia dah tutup terus. RIP DeliFrance Malaysia

6. SPAGHETTI MEATBALL BUKAN CIPTAAN ITALY

spag meatball

Ya bukan asal dari Italy. Ia ciptaan golongan Italian-American. Di Italy mereka tidak menggabungkan spaghetti dengan meatball. Mereka makan asing.

Akhir 1800an dan awal 1900an mereka datang ke Amerika dan mencipta meatball yang lebih besar dan di makan dengan spaghetti marinara kerana di Amerika lebih senang untuk memperolehi barang. Sila percaya ya sebab saya memang orang Italy. Orang panggil saya Pirlo. Hahaha

Sumber: http://www.huffingtonpost.com/2014/11/10/surprising-food-origins_n_6064386.html

 

Uncategorized

Chaz’s Homemade – Charming Carbonara

SELALU MUAK BILA MAKAN CARBONARA?
BELI CARBONARA RM 10, TAPI MAKAN NYA RM 5 JE.
TERCARI-CARI CARBONARA YANG MENEPATI SELERA?

=================================================

Maaf kepada orang Italy, sebab resepi Carbonara kami telah diolah sesuka hati kami.
Jika anda berdarah Italy, anda mungkin akan terkejut dengan keenakkan Carbonara kami ni.

Ini antara ciri keunikkan Carbonara kami berbanding dengan yang berada diluar sana:

1. Penuh dengan rasa lemak berkrim, manis-manis dan terasa pedas dihujung-hujung lidah.
2. Ketulan ayam dan cendawan yang meriah berenang-renang bersama spaghetti anda.
3. Resepi sendiri yang diolah berkali-kali bagi mendapatkan rasa yang unik dan diingati.
4. Sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat, budak-budak pun menggemarinya.

Ada tak agaknya Carbonara kat luar sana yang dapat menandingi ciri-ciri Carbonara kami ni?
Dengan harga yang berpatutan anda dapat nikmati Carbonara yang penuh kepuasan.

betul ni, tak tipu punya.

-Enchek K-

Uncategorized

Chaz Homemade- Blissful Bolognese

SERING TERTIPU BILA ORDER SPAGHETTI BOLOGNESE?
KUAH SPAGHETTI RASA SEPERTI SOS TOMATO DITAMBAH AIR?
SERING TERCARI KETULAN DAGING DI DALAM KUAH SPAGHETTI?

=================================================

Jangan biarkan diri anda ditipu lagi.
Ketahui ciri-ciri kuah spaghetti yang awesome…

1. Rasa masam dan manis yang seimbang
2. Ketulan daging yang meriah.
3. Bahan-bahan yang berkualiti tinggi.

Semua ciri-ciri ini anda boleh nikmati dengan Spaghetti Blissful Bolognese kami. Semua yang pernah rasa memang tak cari bolognese kedai lain dah.

EXTRA!! EXTRA!! EXTRA!!

Uniknya Spaghetti Bolognese kami…

1. Dengan sedikit cili padi, membuatkan kuah kami ada rasa pedas sesuai dengan tekak rakyat Malaysia.
2. Resepi dari keluarga sendiri yang telah melalui proses penambahbaikkan yang rapi.

Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri lagi dengan bolognese diluar sana. Pilihlah Spaghetti Bolognese yang terbaik dari ladang.

-Enchek K-